Aku rasa aku dengar lagu-lagu Yuna dari zaman dia cover lagu perhaps dengan Ku kata dengan indah. Itu mungkin 4 tahun lepas kot?
Suara pun macam budak-budak je lagi. Masa tu memang dah sangkut ah dengan suara dia.
Tak lama lepas tu, aku dengar lagu Polaroid oleh Oh Chentaku yang dia cover. Masa tu dia post video dekat youtube. Memang terbaik lah, aku jarang suka lagu-lagu cover ni. Tapi dia buat memang sedap.
Jadi aku mula follow dia. Aku rajin tengok page myspace dia. Tapi masa tu dia dah ada beberapa lagu tapi belum ada a proper record. Kemudian akhirnya dia release 1st EP dia yang masih terjual sampai sekarang. Masa release party tu aku tak dapat datang sebab ada exam kalau tak silap. Memang kecewa habis ah.
Selang beberapa minggu kemudian, aku dapat tengok dia live dekat Pavillion (gambar pertama). Masa tu Couple pun ada perform sekali. Dan itu kali pertama aku jumpa dia dan beli CD by hand. Kali pertama bergambar dengan dia jugak dengan bantuan pakcik dia kalau tak silap. Tapi sebab rushing, gambar kurang sharp.
Kali kedua aku jumpa dia dekat MCPA hall (gambar ke-2). Masa tu Couple punya album launch. Sama macam kali pertama, aku berseorangan. Masa tu aku nak balik dan terserempak dengan dia. Aku mintak sorang budak ni tangkapkan gambar, dan sekali lagi, kualiti teruk.
Kali ke-3 aku jumpa dia di Bentley Music, masa tu recording untuk Homegrown di Bentley Music (gambar ke 3-4 tapi sesi berlainan). Sekali lagi aku terasa nak bergambar dengan dia. Jadi aku mintak tolong cousin dia (yang juga manager dia kalau tak silap) untuk tangkap gambar. Dan sekali lagi, gambar tak ok, sebab kesilapan dekat kamera. Lens fokus dekat background, bukan dekat muka. Jadi lepas ni memang tak payah lah tangkap gambar lagi aku rasa. haha
Aku rasa ramai salah faham terhadap aku sebab macam gilakan Yuna sangat. Nope. Aku tak gilakan dia. Aku cuma adore dia sebab gigih dan bersungguh-sungguh dengan apa dia buat. Yuna yang sekarang adalah hasil usaha dia beberapa tahun kebelakangan ni.
Sekarang dia dah ada Ep, boleh travel sana sini dengan music, masuk final Juara lagu, ada butik sendiri dan paling best, ada degree in Law.
Untuk orang yang muda setahun dari dia, aku terasa gila jauh ketinggalan ah.
Jadi untuk entri ni aku nak tunjuk beberapa gambar yang aku tangkap di show/gig dia yang aku pernah pergi.
Tahun 2009 (Masa ni baru guna DSLR)
Tak sabar nak jumpa 2010!