Bulan makin hari makin menggoda. Nak tangkap gambar, tapi tak ada zoom lens yang sesuai macam 70-200mm atau 70-300mm.
Kalau tangkap pakai kitlens, macam nampak satu dot putih je dalam gambar.
Jadi aku pinjam Canon Powershot XS200 IS kawan aku. Cuba nasib. Aku guna manual setting. Jadi ni gambar terbaik aku dapat lepas dah crop habis-habisan.
Wednesday, March 31, 2010
Friday, March 19, 2010
The wedding #1 (part 2)
Tempat : Merlimau, Melaka
Masa : 9.3o a.m. - 5 p.m.
Majlis perkahwinan Rosmawar dan Ros Affandy.
Masa ni aku datang ke majlis ni dengan barang basic je; body, kitlens dan speedlight. Buat masa sekarang, ni yang aku ada. Duit dah cukup nanti boleh tambah lagi.
Jadi ni antara gambar-gambar yang aku dapat tangkap pada hari tu. Aku edit sedikit. Yang lain-lain, aku cuma ubah level, shadow dan brightness dan kalau boleh. aku biarkan warna gambar dalam bentuk asal.
Tuesday, March 16, 2010
Sunday, March 14, 2010
sleepy
Tuesday, March 9, 2010
Sunday, March 7, 2010
weekend.
1) Hujung minggu yang sibuk.
2) Semalam, aku beli speedlight SB600 (finally). Aksesori tambahan pertama sejak aku beli camera. Dalam proses 'suai kenal'.
3) Hari ni, aku tangkap gambar budak-budak main futsal dengan camera Nikon D70s kawan aku. Memang syok, sebab guna lens 18-135mm dan boleh shoot jauh-jauh.
4) Gambar kat bawah ni aku tangkap masa match volleyball kawan aku. Tak banyak gambar yang ok. Jadi aku pick satu je. Masa ni dah dekat senja, langit memang cantik. Aku ubah sikit curve dekat photoshop.
*Gambar ni aku tangkap guna mode P dan esposure bias aku ubah jadi -1.
Wednesday, March 3, 2010
Music workshop
Tempat : Kuantan campus
Masa : 9 a.m. - 10 p.m.
Masa ni aku kena jadi faci untuk ajar budak bermain gitar. Ya, aku jadi cikgu. Bukan senang beb nak ajar dan nak sampaikan apa yang aku belajar selama ni dalam beberapa jam.
Walaupun tak dapat ajar banyak, aku manage buat diorang faham basic tentang gitar dan kord.
Oleh sebab tu, aku tak ada masa untuk pegang camera dan tangkap gambar. Cuma beberapa gambar sahaja yang aku dapat snap. Dalam entri ni, semua gambar yang aku snap kecuali yang ke-3. Tu ditangkap oleh seorang kawan aku yang pegang camera aku. Kemudian aku edit.
Sekarang aku mula suka edit gambar dengan ubah curve di photoshop. Sedikit sahaja perubahan dah cukup untuk bagi efek pada 'mood' gambar.
Dan oh, terima kasih kepada hero ni, sebab bagi pinjam SB600.
Oh offer untuk jadi OP(official photographer) dah mula datang. Dan minggu depan aku akan ke Melaka untuk first wedding photoshoot. Nervous tapi tak sabar! :)
Subscribe to:
Posts (Atom)