Friday, November 27, 2009

Putrajaya

Aku jarang ke Putrajaya. Tapi hari tu kawan aku ajak lepak dengan seorang lagi kawan yang study dekat MMU, jadi aku ajak ah jalan-jalan kat Putrajaya sebab landscape kat situ menarik.

Oleh sebab cuaca sangat panas, aku tak banyak berjalan. Cuma banyak habiskan masa dalam kereta dan pusing-pusing putrajaya. Oh kawan aku sangat baik hati drive kereta hari tu. Thanks!

Banyak gambar aku tangkap dekat Masjid baru kat situ. Aku tak pasti apa nama masjid ni. Tapi sumpah cantik. Kiri dan kanan masjid tak ada tembok. Jadi angin boleh masuk dan boleh tengok view cantik kat luar. Masjid ni sangat luas dan siap lift dan tempat parking dekat basement.

Dan pertama kali aku naik lift berkaki ayam.







Oh gambar last ni fav sebab kebetulan masa aku tangkap gambar, budak ni tengah main kejar-kejar dengan abang dia.

Thursday, November 26, 2009

Yuna

Aku rasa aku dengar lagu-lagu Yuna dari zaman dia cover lagu perhaps dengan Ku kata dengan indah. Itu mungkin 4 tahun lepas kot?

Suara pun macam budak-budak je lagi. Masa tu memang dah sangkut ah dengan suara dia.

Tak lama lepas tu, aku dengar lagu Polaroid oleh Oh Chentaku yang dia cover. Masa tu dia post video dekat youtube. Memang terbaik lah, aku jarang suka lagu-lagu cover ni. Tapi dia buat memang sedap.

Jadi aku mula follow dia. Aku rajin tengok page myspace dia. Tapi masa tu dia dah ada beberapa lagu tapi belum ada a proper record. Kemudian akhirnya dia release 1st EP dia yang masih terjual sampai sekarang. Masa release party tu aku tak dapat datang sebab ada exam kalau tak silap. Memang kecewa habis ah.

Selang beberapa minggu kemudian, aku dapat tengok dia live dekat Pavillion (gambar pertama). Masa tu Couple pun ada perform sekali. Dan itu kali pertama aku jumpa dia dan beli CD by hand. Kali pertama bergambar dengan dia jugak dengan bantuan pakcik dia kalau tak silap. Tapi sebab rushing, gambar kurang sharp.

Kali kedua aku jumpa dia dekat MCPA hall (gambar ke-2). Masa tu Couple punya album launch. Sama macam kali pertama, aku berseorangan. Masa tu aku nak balik dan terserempak dengan dia. Aku mintak sorang budak ni tangkapkan gambar, dan sekali lagi, kualiti teruk.

Kali ke-3 aku jumpa dia di Bentley Music, masa tu recording untuk Homegrown di Bentley Music (gambar ke 3-4 tapi sesi berlainan). Sekali lagi aku terasa nak bergambar dengan dia. Jadi aku mintak tolong cousin dia (yang juga manager dia kalau tak silap) untuk tangkap gambar. Dan sekali lagi, gambar tak ok, sebab kesilapan dekat kamera. Lens fokus dekat background, bukan dekat muka. Jadi lepas ni memang tak payah lah tangkap gambar lagi aku rasa. haha

Aku rasa ramai salah faham terhadap aku sebab macam gilakan Yuna sangat. Nope. Aku tak gilakan dia. Aku cuma adore dia sebab gigih dan bersungguh-sungguh dengan apa dia buat. Yuna yang sekarang adalah hasil usaha dia beberapa tahun kebelakangan ni.

Sekarang dia dah ada Ep, boleh travel sana sini dengan music, masuk final Juara lagu, ada butik sendiri dan paling best, ada degree in Law.

Untuk orang yang muda setahun dari dia, aku terasa gila jauh ketinggalan ah.

Jadi untuk entri ni aku nak tunjuk beberapa gambar yang aku tangkap di show/gig dia yang aku pernah pergi.

Tahun 2008 (Masa ni aku guna Lumix FS)

Yuna

yuna

Tahun 2009 (Masa ni baru guna DSLR)



Tak sabar nak jumpa 2010!

Monday, November 23, 2009

Twister.

Dia adalah model yang tak perlu dibayar untuk posing. Dan dia berkebolehan untuk posing dan baring macam manusia. Dan paling tak boleh blah, dia suka kacau orang sembahyang.

Saturday, November 21, 2009

Terengganu

Sekali sekala aku akan post gambar-gambar yang aku pernah publish di blog lagi satu. Sebab dekat sini, size gambar lagi besar.

Ni antara gambar-gambar yang aku tangkap sepanjang berada dekat Terengganu pada bulan 6 lepas. Masa ni ada wedding kawan aku.

Ok aku suka tengok langit, jadi memang banyak gambar berlatarbelakangkan langit.

Morning sky
pasar malam
friends
Sunlight
A friends' wedding
Kampung girl
Kids, ocean and sky

Friday, November 13, 2009

Funfair

Fun fair yang tak fun. Sama macam funfair-funfair yang pernah aku pergi sejak kecik. Mungkin aku je tak suka kot?. Sebab aku rasa permainan yang ada biasanya tak menarik dan pengunjung ditipu dengan games berunsurkan judi.

Tapi tangkap gambar dekat funfair sangat fun. Sebab ada banyak lampu warna warni. Kalua ada lens macam f1.8 lagi seronok buat bokeh.







Wednesday, November 11, 2009

Senja



Selama ni aku banyak tangkap gambar orang untuk kenangan. Tapi lama-lama aku rasa, aku tak ada gambar sendiri untuk dijadikan kenangan.

Wednesday, November 4, 2009

Kucing

Semua gambar overexposed. Masa ni tengahari, panas terik dan kucing ni (nama dia twister) lepak dekat tingkap termenung. Memang terbaik lah moment ni. Jadi aku tangkap cepat-cepat sebab dia tak duduk diam.

Aku edit dengan picasa. Kucing ni comel tapi gila manja dan pemalas.




Sunday, November 1, 2009

Oh bulan.

Tempat : Kuantan
Masa : Selepas Isyak

Aku memang suka tengok langit. Lagi-lagi waktu malam. Tengok bintang dan bulan, lepas tu awan yang mengelilingi bulan. Cantik dan menenangkan.

Dan seperti malam-malam biasa, semalam aku tengok langit. Yang menariknya, semalam bulan dikelilingi satu ring. Aku tak pasti dipanggil apa. Halo? Entah. Tapi memang cantik. Ni kali kedua aku tengok bulan macam ni. Tapi yang ni lagi jelas.

Kawan aku pinjam camera sebab ada event. Oleh sebab geram tengok bulan tu, aku datang ke event tu dan ambil camera.

Sumpah aku tak reti nak tangkap gambar langit malam-malam. Dengan kit lens dan tak ada tripod, memang susah. Hasil memang sangat limited. Tapi aku cuba macam-macam setttings. Jadi ni antara yang aku dapat tangkap.


Kalau korang tak tengok dengan mata sendiri, memang susah nak dapat feel. Dan kalau korang perasan, ada beberapa lapisan warna dekat ring tu. Yang aku perasan adalah merah hijau dan putih. Yang buat halo ni lagi cantik sebab tiada awan antara bulan dan ring tu.

Wednesday, October 28, 2009

Insaf

Aku sangat suka gambar hitam putih.

insaf

Thursday, October 22, 2009

Langit

Langit adalah antara pemandangan yang paling aku suka bila tangkap gambar. Sebab memang cantik secara semulajadi. Tak kesah malam atau siang.

Dan biasanya aku suka tengok langit lagi-lagi waktu malam. Tengok bulan dan bintang, memang menenangkan beb.

Pernah sekali aku baring atas batu tepi pantai sambil mengadap bulan mengambang dengan kawan-kawan. Damn, terbaik ah.

Di kampus, bilik aku memang mengadap arah matahari terbenam. Petang-petang memang panas ah. Tapi bila tengok sunset tu, feeling dia tak boleh nak describe.

Kadang-kadang aku bukak tingkap, tengok langit cantik, aku terus bawak keluar camera. Jadi ni lah hasilnya bila dah tak ada kerja lain. haha





Oh gambar last ni aku tangkap sebab kawan aku dah bising-bising suruh tangkap gambar kilat. Padahal aku tak tau pun macam mana. Jadi aku cuba macam-macam setting. Nak cari setting yang betul tu satu hal, nak tunggu kilat keluar tu pun satu hal. Jadi untuk percubaan pertama aku rasa ok lah. Walaupun gambar tak cantik dan angle tak menarik. Cuma aku rasa moment tu yang priceless :)

Tuesday, October 20, 2009

Boyband

Tempat : Main Auditorium dekat kulliyyah.
Masa : Beberapa minit sebelum quiz bermula

Kebetulan aku datang ke audi dengan membawa camera sebab sebelum tu ada jamuan hari raya (hari terakhir dalam Syawal pun dikira raya jugak ok).

Dan kebetulan aku dengan kawan-kawan melepak di belakang sambil gelak ketawa. Aku kurang pasti sebab kami dah sedia untuk quiz atau err, pasrah.

Dan tiba-tiba aku terbayang band photography. Jadi aku cakap dekat diorang,

"Apa kata korang lepak tepi dinding tu, kita tangkap gambar ala band."

Mereka setuju. (Bajet fotogenik)

Audi ni agak malap. Aku setkan kepada manual mode dan ISO kepada 1000.

Jadi ni antara gambar yang aku tangkap masa tu. Aku namakan band ni 'The Pro-crastinators' sebab kitorang memang terer bab-bab tangguhkan kerja.







Wednesday, October 14, 2009

Convocation

Tempat : Universiti Islam Antarabangsa (Gombak)
Masa : Tengahari-petang, 101009

Convocation photoshoot.

Jalan agak sesak di dalam kampus dan cuaca agak terik. Ini kali pertama aku dibayar untuk jadi fotografer. Nervous jugak sebab, aku perlu make sure gambar-gambar yang aku ambil memuaskan hati.

Dan ini juga kali pertama aku shoot dengan membawa gadget tambahan, iaitu speedlight. Sebelum ni memang tak pernah guna. Kali pertama aku guna adalah sehari sebelum photoshoot ni. Terbaik ah. Kamikaze.

Masa ni aku diminta untuk menangkap gambar kelas (lebih kurang 20 orang) dan gambar bersama keluarga. Jadi masalah terbesar bagi aku adalah untuk menangkap gambar setiap orang, yang mana agak sukar sebab tempat tu sangat crowded dan masing-masing berada di merata tempat bersama kawan-kawan dan keluarga.

Sepanjang sesi photoshoot ni aku guna manual mode, ISO 200 ke bawah. Kebanyakan gambar aku tangkap dengan aperture f/4.5 ke f/7.1. Dan aku tak ada masalah langsung dengan sumber cahaya.

Tetapi mungkin aku perlu belajar lebih lagi berkaitan sudut untuk ambil gambar. Dan masa ni aku shoot seorang diri. Kalau ada geng, mungkin lagi seronok.

Selain dari tu, Alhamdulillah semua berjalan lancar. Seronok tengok diorang bergembira. Rasa terinspirasi jugak. Dan ni sebahagian dari gambar-gambar aku tangkap.