Thursday, October 22, 2009

Langit

Langit adalah antara pemandangan yang paling aku suka bila tangkap gambar. Sebab memang cantik secara semulajadi. Tak kesah malam atau siang.

Dan biasanya aku suka tengok langit lagi-lagi waktu malam. Tengok bulan dan bintang, memang menenangkan beb.

Pernah sekali aku baring atas batu tepi pantai sambil mengadap bulan mengambang dengan kawan-kawan. Damn, terbaik ah.

Di kampus, bilik aku memang mengadap arah matahari terbenam. Petang-petang memang panas ah. Tapi bila tengok sunset tu, feeling dia tak boleh nak describe.

Kadang-kadang aku bukak tingkap, tengok langit cantik, aku terus bawak keluar camera. Jadi ni lah hasilnya bila dah tak ada kerja lain. haha





Oh gambar last ni aku tangkap sebab kawan aku dah bising-bising suruh tangkap gambar kilat. Padahal aku tak tau pun macam mana. Jadi aku cuba macam-macam setting. Nak cari setting yang betul tu satu hal, nak tunggu kilat keluar tu pun satu hal. Jadi untuk percubaan pertama aku rasa ok lah. Walaupun gambar tak cantik dan angle tak menarik. Cuma aku rasa moment tu yang priceless :)

12 comments:

Lyle Hikari said...

aku sllu gak snap gambar sunset. tp camera aku tak secanggih camera ko. heh. er. tp gambar kilat kire not bad la. aku penah tgk gambar yg lg cool la, tp bro ni da byk experience. nyway, practice makes perfect kn. bykkan amek gambar kilat tuh. cheche. pandai sgt aku mengomen. hahaha

. said...

waaa..t leh amik gambar sunset..paling best kan pic sunrise..terbaik kalau ade kabus2..waaa..back to nature la...cepat tau upload pic2 ni..xsabar..gudluck!
pic bulan pon.cantik kan even sebenarnye dok bumi lagi best tp rse cm nak wat rumah kt bulan..hahaha..

naqibmiller said...

lu pakai DSLR ape?canon ke nikon?

Unknown said...

bilik aku dulu yang mengadap ke rumah di seberang sana. cuba ambil masa lihat keindahan pada waktu pagi selepas matahari terbit pula.

priceless.

Dammit said...

lyle hikari,
Pandai mengomen eh? haha. Jangan cakap macam tu. Ape-ape camera pun kan, kalau kita practice byk kali, mesti cantik gambar. Try lah. Memang tak cantik pun gambar ni. Kalau malam mungkin lagi cantik. Takpe, aku try lagi :)

athinabiha,
Takmau ah buat rumah kat bulan, nanti banyak lubang. haha. Sunrise/sunset memang cantik. Nak try tangkap kat pantai plak lepas ni. thanks!

naqibmiller,
Aku pakai Nikon.

Szakif,
Ha matahari terbit atas bukit tu pun cantik gak.

sHiNo said...

wah.... aku ske gambo kilat tuh... semalam aku snap gambo sunset.. tapi, sebab ak xsehebat ko dan kamera ko, aku gune kamera k810i je.. so, boleh je laaa... hahaaa.. nnt ble laaa aku nak berguru ngn ko gune dslr eh :P

Juristic said...
This comment has been removed by the author.
Juristic said...

i know where is the perfect view for sunrise on beach in pahang..
u just go straight... and thn take a corner to left.. thn go to pantai balok.. sunrise kt sana mmg cantik.. selamat mencuba.. :)

Dammit said...

sHiNo,
Thanks. Alah sama je, tak hebat mane pun. Janji tau guna. Jangan cakap berguru, cakap sama-sama belajar. hehe. Kalau guru hebat sangat dowh.

Juristic,
Err kat balok ah ni? One day boleh pergi tengok. thanks! :)

sHiNo said...

ehee...

baek...len x ble r ak tnye ko psl setting sume ek.. ehee

kuroneko said...

Aku pon suke gk langit..teringin nak baring2 kat padang rumput n pandang langit. Gambar kilat biasanya lebih menarik kalau kilat tu lebih besar. Aku penah tengok skali la.

Dammit said...

sHiNo,
Haha boleh je, no prob! :)

kuroneko,
Whoa best tu baring kat rumput sambil tengok langit. Macam dalam movie. Cantik kalau kilat tu besar n tangkap waktu malam.