Wednesday, October 28, 2009

Insaf

Aku sangat suka gambar hitam putih.

insaf

Thursday, October 22, 2009

Langit

Langit adalah antara pemandangan yang paling aku suka bila tangkap gambar. Sebab memang cantik secara semulajadi. Tak kesah malam atau siang.

Dan biasanya aku suka tengok langit lagi-lagi waktu malam. Tengok bulan dan bintang, memang menenangkan beb.

Pernah sekali aku baring atas batu tepi pantai sambil mengadap bulan mengambang dengan kawan-kawan. Damn, terbaik ah.

Di kampus, bilik aku memang mengadap arah matahari terbenam. Petang-petang memang panas ah. Tapi bila tengok sunset tu, feeling dia tak boleh nak describe.

Kadang-kadang aku bukak tingkap, tengok langit cantik, aku terus bawak keluar camera. Jadi ni lah hasilnya bila dah tak ada kerja lain. haha





Oh gambar last ni aku tangkap sebab kawan aku dah bising-bising suruh tangkap gambar kilat. Padahal aku tak tau pun macam mana. Jadi aku cuba macam-macam setting. Nak cari setting yang betul tu satu hal, nak tunggu kilat keluar tu pun satu hal. Jadi untuk percubaan pertama aku rasa ok lah. Walaupun gambar tak cantik dan angle tak menarik. Cuma aku rasa moment tu yang priceless :)

Tuesday, October 20, 2009

Boyband

Tempat : Main Auditorium dekat kulliyyah.
Masa : Beberapa minit sebelum quiz bermula

Kebetulan aku datang ke audi dengan membawa camera sebab sebelum tu ada jamuan hari raya (hari terakhir dalam Syawal pun dikira raya jugak ok).

Dan kebetulan aku dengan kawan-kawan melepak di belakang sambil gelak ketawa. Aku kurang pasti sebab kami dah sedia untuk quiz atau err, pasrah.

Dan tiba-tiba aku terbayang band photography. Jadi aku cakap dekat diorang,

"Apa kata korang lepak tepi dinding tu, kita tangkap gambar ala band."

Mereka setuju. (Bajet fotogenik)

Audi ni agak malap. Aku setkan kepada manual mode dan ISO kepada 1000.

Jadi ni antara gambar yang aku tangkap masa tu. Aku namakan band ni 'The Pro-crastinators' sebab kitorang memang terer bab-bab tangguhkan kerja.







Wednesday, October 14, 2009

Convocation

Tempat : Universiti Islam Antarabangsa (Gombak)
Masa : Tengahari-petang, 101009

Convocation photoshoot.

Jalan agak sesak di dalam kampus dan cuaca agak terik. Ini kali pertama aku dibayar untuk jadi fotografer. Nervous jugak sebab, aku perlu make sure gambar-gambar yang aku ambil memuaskan hati.

Dan ini juga kali pertama aku shoot dengan membawa gadget tambahan, iaitu speedlight. Sebelum ni memang tak pernah guna. Kali pertama aku guna adalah sehari sebelum photoshoot ni. Terbaik ah. Kamikaze.

Masa ni aku diminta untuk menangkap gambar kelas (lebih kurang 20 orang) dan gambar bersama keluarga. Jadi masalah terbesar bagi aku adalah untuk menangkap gambar setiap orang, yang mana agak sukar sebab tempat tu sangat crowded dan masing-masing berada di merata tempat bersama kawan-kawan dan keluarga.

Sepanjang sesi photoshoot ni aku guna manual mode, ISO 200 ke bawah. Kebanyakan gambar aku tangkap dengan aperture f/4.5 ke f/7.1. Dan aku tak ada masalah langsung dengan sumber cahaya.

Tetapi mungkin aku perlu belajar lebih lagi berkaitan sudut untuk ambil gambar. Dan masa ni aku shoot seorang diri. Kalau ada geng, mungkin lagi seronok.

Selain dari tu, Alhamdulillah semua berjalan lancar. Seronok tengok diorang bergembira. Rasa terinspirasi jugak. Dan ni sebahagian dari gambar-gambar aku tangkap.











Monday, October 12, 2009

Yuna at Homegrown

Tempat : Wisma Bentley, Mutiara Damansara
Masa : 091009

Kali terakhir aku ke sini mungkin 2 bulan lepas. Masa tu Akta Angkasa buat persembahan. Aku suka tempat ni, sebab relax dan tak ramai orang. Jadi boleh enjoy music dan tangkap gambar tanpa apa-apa halangan.

Acoustic session ni dibuat pada waktu malam, jadi sumber cahaya memang tak banyak ah. Nasib baik ada banyak lampu di stage. Masa ni aku tak gunakan flash, sebab taknak ganggu persembahan Yuna(hehe). Sebelum tu, Couple ada buat persembahan tapi aku rasa tak ada gambar yang menarik sebab aku berdiri jauh dari stage. Untuk gambar-gambar ni aku guna manual mode dan aku setkan ISO kepada 1000-1250. Sedikit distorted tapi bila dah resize, nampak ok.

bokeh using kitlens :)



Yuna, smiling (live at Homegrown acoustic session)

Sunday, October 11, 2009

Friday, October 9, 2009

Intro

Sebelum ni aku hanya memblog ni sini. Jadi ni adalah blog ke-dua aku, dan di sini aku mahu fokuskan tentang fotografi.

Kenapa 'fotobudaksepet'?
Aku pilih nama ni randomly dan mungkin sebab aku dah tak ada idea nak bagi nama apa. Lagi satu, sebab mata aku memang sedikit sepet.

Kenapa electricshots?
Aku tau, bunyi macam bagus je. haha. Tapi aku nak selarikan dengan blog aku lagi satu, electricpopia.

Aku masih baru dalam fotografi dan aku mahu belajar. Aku jugak nak kongsi apa sahaja tentang fotografi dengan sesiapa pun. Dan sebab tu, aku buat blog ni. Selamat datang!