Sunday, November 1, 2009

Oh bulan.

Tempat : Kuantan
Masa : Selepas Isyak

Aku memang suka tengok langit. Lagi-lagi waktu malam. Tengok bintang dan bulan, lepas tu awan yang mengelilingi bulan. Cantik dan menenangkan.

Dan seperti malam-malam biasa, semalam aku tengok langit. Yang menariknya, semalam bulan dikelilingi satu ring. Aku tak pasti dipanggil apa. Halo? Entah. Tapi memang cantik. Ni kali kedua aku tengok bulan macam ni. Tapi yang ni lagi jelas.

Kawan aku pinjam camera sebab ada event. Oleh sebab geram tengok bulan tu, aku datang ke event tu dan ambil camera.

Sumpah aku tak reti nak tangkap gambar langit malam-malam. Dengan kit lens dan tak ada tripod, memang susah. Hasil memang sangat limited. Tapi aku cuba macam-macam setttings. Jadi ni antara yang aku dapat tangkap.


Kalau korang tak tengok dengan mata sendiri, memang susah nak dapat feel. Dan kalau korang perasan, ada beberapa lapisan warna dekat ring tu. Yang aku perasan adalah merah hijau dan putih. Yang buat halo ni lagi cantik sebab tiada awan antara bulan dan ring tu.

15 comments:

namaakuCINTA said...
This comment has been removed by the author.
. said...

waa..berjaye jugak dapat pic ni..bulan yang cantik..bukan selalu kan.
tp, nape kt tc..org mcm xamik tau jer..
rase orang terpilih jer nampak larr..

caya la..thumbs up!

Dammit said...

athinabiha,
Cantik kan? Memang jarang sangat jadi. Mungkin dekat tc terang, orang tak prasan kot kat langit. Tu lah, duduk kat sini je nampak kot? thanks! :)

suehanna said...

subhanallah. x pnah tgk bulan ade ring ring ni. halo yg taw halo-beyonce tu je la. hehehe.

Dammit said...

suehanna,
hahaha beyonce buat ape ;p

kuroneko said...

a'ah,btol lah tu halo..aku penah gak tgk kat tempat aku ni, banyak kali juga. Semalam aku snap gak gamba bulan, bulan penuh. Dgn kamera digital jelah, berapa kali snap nak dapat yang ok..oklah bagi akuu..

khayze said...

pernah tgk bulan mcm ni. =)

nice.

Dammit said...

kuroneko,
Banyak kali? gambar bulan memang susah nak dapat cantik2. kalau dslr dgn lens biase mmg tak dapat. compact camera mungkin boleh.

khay,
Pernah? cantik kan? thanks :)

satsuma said...

gua ader tgk pic yg org lain dpt tangkap lg jelas...dekat bulan tu ader sebijik bintang dn awan yg membentuk kalimah ALLAH...

dan mlm tu..gua dpt tgk jer...

sHiNo said...

cun seyh!!!!

Master J said...

cntik gmbr2 ko bro...blh buat art gallery dgn gmbr2 ko ni ;)

Dammit said...

satsuma,
eh ye ke? kalau ada dekat internet, bagi la address. Janji dapat tengok. Tak ramai yang dapat tengok.

sHiNo,
thanks weh! :)

Master J,
Haha takde ah sampai tahap tu lagi. Maybe, one day :)

satsuma said...

nie dia address nyer...http://www.tolahah.com/blog/?p=2037

kuroneko said...

Banyak kali, dalam 2 atau 3 kali je la. Halo matahari pon penah gak tengok. Yang bulan tu lagi senang tgk.

Dammit said...

Satsuma,
thanks! memang cantik

kuroneko,
Matahari susah sikit sebab terlalu terang.