Friday, November 27, 2009

Putrajaya

Aku jarang ke Putrajaya. Tapi hari tu kawan aku ajak lepak dengan seorang lagi kawan yang study dekat MMU, jadi aku ajak ah jalan-jalan kat Putrajaya sebab landscape kat situ menarik.

Oleh sebab cuaca sangat panas, aku tak banyak berjalan. Cuma banyak habiskan masa dalam kereta dan pusing-pusing putrajaya. Oh kawan aku sangat baik hati drive kereta hari tu. Thanks!

Banyak gambar aku tangkap dekat Masjid baru kat situ. Aku tak pasti apa nama masjid ni. Tapi sumpah cantik. Kiri dan kanan masjid tak ada tembok. Jadi angin boleh masuk dan boleh tengok view cantik kat luar. Masjid ni sangat luas dan siap lift dan tempat parking dekat basement.

Dan pertama kali aku naik lift berkaki ayam.










Oh gambar last ni fav sebab kebetulan masa aku tangkap gambar, budak ni tengah main kejar-kejar dengan abang dia.

Thursday, November 26, 2009

Yuna

Aku rasa aku dengar lagu-lagu Yuna dari zaman dia cover lagu perhaps dengan Ku kata dengan indah. Itu mungkin 4 tahun lepas kot?

Suara pun macam budak-budak je lagi. Masa tu memang dah sangkut ah dengan suara dia.

Tak lama lepas tu, aku dengar lagu Polaroid oleh Oh Chentaku yang dia cover. Masa tu dia post video dekat youtube. Memang terbaik lah, aku jarang suka lagu-lagu cover ni. Tapi dia buat memang sedap.

Jadi aku mula follow dia. Aku rajin tengok page myspace dia. Tapi masa tu dia dah ada beberapa lagu tapi belum ada a proper record. Kemudian akhirnya dia release 1st EP dia yang masih terjual sampai sekarang. Masa release party tu aku tak dapat datang sebab ada exam kalau tak silap. Memang kecewa habis ah.

Selang beberapa minggu kemudian, aku dapat tengok dia live dekat Pavillion (gambar pertama). Masa tu Couple pun ada perform sekali. Dan itu kali pertama aku jumpa dia dan beli CD by hand. Kali pertama bergambar dengan dia jugak dengan bantuan pakcik dia kalau tak silap. Tapi sebab rushing, gambar kurang sharp.

Kali kedua aku jumpa dia dekat MCPA hall (gambar ke-2). Masa tu Couple punya album launch. Sama macam kali pertama, aku berseorangan. Masa tu aku nak balik dan terserempak dengan dia. Aku mintak sorang budak ni tangkapkan gambar, dan sekali lagi, kualiti teruk.

Kali ke-3 aku jumpa dia di Bentley Music, masa tu recording untuk Homegrown di Bentley Music (gambar ke 3-4 tapi sesi berlainan). Sekali lagi aku terasa nak bergambar dengan dia. Jadi aku mintak tolong cousin dia (yang juga manager dia kalau tak silap) untuk tangkap gambar. Dan sekali lagi, gambar tak ok, sebab kesilapan dekat kamera. Lens fokus dekat background, bukan dekat muka. Jadi lepas ni memang tak payah lah tangkap gambar lagi aku rasa. haha

Aku rasa ramai salah faham terhadap aku sebab macam gilakan Yuna sangat. Nope. Aku tak gilakan dia. Aku cuma adore dia sebab gigih dan bersungguh-sungguh dengan apa dia buat. Yuna yang sekarang adalah hasil usaha dia beberapa tahun kebelakangan ni.

Sekarang dia dah ada Ep, boleh travel sana sini dengan music, masuk final Juara lagu, ada butik sendiri dan paling best, ada degree in Law.

Untuk orang yang muda setahun dari dia, aku terasa gila jauh ketinggalan ah.

Jadi untuk entri ni aku nak tunjuk beberapa gambar yang aku tangkap di show/gig dia yang aku pernah pergi.

Tahun 2008 (Masa ni aku guna Lumix FS)

Yuna

yuna

Tahun 2009 (Masa ni baru guna DSLR)



Yuna, smiling (live at Homegrown acoustic session)

Tak sabar nak jumpa 2010!

Monday, November 23, 2009

Twister.

Dia adalah model yang tak perlu dibayar untuk posing. Dan dia berkebolehan untuk posing dan baring macam manusia. Dan paling tak boleh blah, dia suka kacau orang sembahyang.

Saturday, November 21, 2009

Terengganu

Sekali sekala aku akan post gambar-gambar yang aku pernah publish di blog lagi satu. Sebab dekat sini, size gambar lagi besar.

Ni antara gambar-gambar yang aku tangkap sepanjang berada dekat Terengganu pada bulan 6 lepas. Masa ni ada wedding kawan aku.

Ok aku suka tengok langit, jadi memang banyak gambar berlatarbelakangkan langit.

Morning sky
pasar malam
friends
Sunlight
A friends' wedding
Kampung girl
Kids, ocean and sky

Friday, November 13, 2009

Funfair

Fun fair yang tak fun. Sama macam funfair-funfair yang pernah aku pergi sejak kecik. Mungkin aku je tak suka kot?. Sebab aku rasa permainan yang ada biasanya tak menarik dan pengunjung ditipu dengan games berunsurkan judi.

Tapi tangkap gambar dekat funfair sangat fun. Sebab ada banyak lampu warna warni. Kalua ada lens macam f1.8 lagi seronok buat bokeh.







Wednesday, November 11, 2009

Senja



Selama ni aku banyak tangkap gambar orang untuk kenangan. Tapi lama-lama aku rasa, aku tak ada gambar sendiri untuk dijadikan kenangan.