Showing posts with label musician. Show all posts
Showing posts with label musician. Show all posts

Wednesday, May 5, 2010

Arty party 2010 (KL Design Week)

Tempat : Capsquare, Kuala Lumpur.
Masa : 7 p.m. - 11.30 p.m.

Aku baru tukar D90, dan semua gambar ni aku tangkap dengan 50mm f/1.8.

Dari kedai kamera, aku terus ke sini.

Awkward.













Friday, January 29, 2010

Green Day

Tempat : Singapore Indoor Stadium
Masa : 140110, 8pm

Tak boleh bawak masuk camera. Tapi semua orang bawak camera :(
Gambar-gambar ni aku amik guna Nokia 6300 dan edit dekat Picasa.

Green Day live in Singapore
Green Day live in Singapore

Thursday, November 26, 2009

Yuna

Aku rasa aku dengar lagu-lagu Yuna dari zaman dia cover lagu perhaps dengan Ku kata dengan indah. Itu mungkin 4 tahun lepas kot?

Suara pun macam budak-budak je lagi. Masa tu memang dah sangkut ah dengan suara dia.

Tak lama lepas tu, aku dengar lagu Polaroid oleh Oh Chentaku yang dia cover. Masa tu dia post video dekat youtube. Memang terbaik lah, aku jarang suka lagu-lagu cover ni. Tapi dia buat memang sedap.

Jadi aku mula follow dia. Aku rajin tengok page myspace dia. Tapi masa tu dia dah ada beberapa lagu tapi belum ada a proper record. Kemudian akhirnya dia release 1st EP dia yang masih terjual sampai sekarang. Masa release party tu aku tak dapat datang sebab ada exam kalau tak silap. Memang kecewa habis ah.

Selang beberapa minggu kemudian, aku dapat tengok dia live dekat Pavillion (gambar pertama). Masa tu Couple pun ada perform sekali. Dan itu kali pertama aku jumpa dia dan beli CD by hand. Kali pertama bergambar dengan dia jugak dengan bantuan pakcik dia kalau tak silap. Tapi sebab rushing, gambar kurang sharp.

Kali kedua aku jumpa dia dekat MCPA hall (gambar ke-2). Masa tu Couple punya album launch. Sama macam kali pertama, aku berseorangan. Masa tu aku nak balik dan terserempak dengan dia. Aku mintak sorang budak ni tangkapkan gambar, dan sekali lagi, kualiti teruk.

Kali ke-3 aku jumpa dia di Bentley Music, masa tu recording untuk Homegrown di Bentley Music (gambar ke 3-4 tapi sesi berlainan). Sekali lagi aku terasa nak bergambar dengan dia. Jadi aku mintak tolong cousin dia (yang juga manager dia kalau tak silap) untuk tangkap gambar. Dan sekali lagi, gambar tak ok, sebab kesilapan dekat kamera. Lens fokus dekat background, bukan dekat muka. Jadi lepas ni memang tak payah lah tangkap gambar lagi aku rasa. haha

Aku rasa ramai salah faham terhadap aku sebab macam gilakan Yuna sangat. Nope. Aku tak gilakan dia. Aku cuma adore dia sebab gigih dan bersungguh-sungguh dengan apa dia buat. Yuna yang sekarang adalah hasil usaha dia beberapa tahun kebelakangan ni.

Sekarang dia dah ada Ep, boleh travel sana sini dengan music, masuk final Juara lagu, ada butik sendiri dan paling best, ada degree in Law.

Untuk orang yang muda setahun dari dia, aku terasa gila jauh ketinggalan ah.

Jadi untuk entri ni aku nak tunjuk beberapa gambar yang aku tangkap di show/gig dia yang aku pernah pergi.

Tahun 2008 (Masa ni aku guna Lumix FS)

Yuna

yuna

Tahun 2009 (Masa ni baru guna DSLR)



Tak sabar nak jumpa 2010!

Monday, October 12, 2009

Yuna at Homegrown

Tempat : Wisma Bentley, Mutiara Damansara
Masa : 091009

Kali terakhir aku ke sini mungkin 2 bulan lepas. Masa tu Akta Angkasa buat persembahan. Aku suka tempat ni, sebab relax dan tak ramai orang. Jadi boleh enjoy music dan tangkap gambar tanpa apa-apa halangan.

Acoustic session ni dibuat pada waktu malam, jadi sumber cahaya memang tak banyak ah. Nasib baik ada banyak lampu di stage. Masa ni aku tak gunakan flash, sebab taknak ganggu persembahan Yuna(hehe). Sebelum tu, Couple ada buat persembahan tapi aku rasa tak ada gambar yang menarik sebab aku berdiri jauh dari stage. Untuk gambar-gambar ni aku guna manual mode dan aku setkan ISO kepada 1000-1250. Sedikit distorted tapi bila dah resize, nampak ok.

bokeh using kitlens :)



Yuna, smiling (live at Homegrown acoustic session)